calibration@sirim.my 603-5510 9066
Trusted & Reliable High-Quality Calibration & Measurement Services
Trusted & Reliable High-Quality Calibration & Measurement Services

Updates

SIRIM Standards Technology meterai MoU dengan VAS Aero Malaysia

SIRIM Standards Technology MOU with Vas Aero Malaysia 2017

SIRIM Standards Technology Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SIRIM, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama VAS Aero Malaysia Sdn Bhd pada 15 Ogos 2017 bagi membentuk kerjasama strategik dalam bidang perkhidmatan kalibrasi dan tentukuran.

Melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak akan membentuk usahasama melibatkan projek atau tender berkaitan perkhidmatan kalibrasi dan tentukuran serta perkhidmatan sokongan yang berkaitan, antaranya perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan.

MoU berkenaan ditandatangani Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, YBhg. Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Urusan VAS Aero Malaysia Sdn Bhd, YBhg. Datuk Nordin Ahmad. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Standards Technology Sdn Bhd, YBrsh. Tn Hj. Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengurus Besar VAS Aero Malaysia Sdn Bhd, Ahmad Kamal Mohd Nor.

Kerjasama itu sejajar dengan hasrat SIRIM, melalui anak syarikatnya SIRIM Standards Technology, untuk memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kalibrasi dan tentukuran yang menyeluruh.

VAS Aero Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat Bumiputera yang bermula sebagai pembekal peralatan pesawat udara, kini telah mengembangkan perniagaannya dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan komponen dan instrumen elektrikal pesawat udara, keretapi dan lokomotif, serta peralatan telekomunikasi.

SIRIM SST Calibration Malaysia ISO/IEC 17025 Icon